? ??????????????Pink Pandas? ????? ?? ???Rating: 4.8 (4 Ratings)??20 Grabs Today. 1150 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Octopi Hi? ????? ?? ???Rating: 4.3 (3 Ratings)??20 Grabs Today. 1989 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Cod BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, March 19, 2010

rahsia kebaikan TIDUR SIANG !!!

zzzzzzzzzzzzzz...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...jom tidoo..


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik- baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca- industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja- pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse).

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.'

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa- rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

p/s kalu xtido ptg balik dari clas tue xsah...

Thursday, March 18, 2010

ragam student nursing>my clasmate HS110



p/s sebahagian daripada bangunan FAKULTI SAINS KESIHATAN d UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM, KUALA SELANGOR..d sini kita mengorak langkah..demi mencapai sebuah impian..pahit manis,suka duka,jerih perih di tempur bak tempur tanpa senjata..tangga beratus2 anak tangga di daki tanpa sebarang keluhan walaupun Rapid KL senantiasa menanti..huhuhu



p/s sedia mendaki setiap hari..bio lobang idung kombang kecop pabila sampai di puncak tangga pown..huhuhu



p/s tengku farid yang tekun dengan sesi pembelajaran beliau..huahuahua...intramuscular,,subcutaneous,,intravenous.,,,etc...poning2...



p/s annual dinner d hotel intekma shah alam.....



p/s di fakulti farmasi....tunggu cik sha n sekutunya untuk sesi fotogfi..cuaca yang panas mendidih terpaksa kiteorg cabut lari ke fakulti farmasi untuk melepas lelah sejenak n menghindarkan diri daripada sinaran UV..huhuhu



p/s malam perpisahan dengan wawa..suasana yang d selubungi sebak yang menghimpit dada...tangisan yang mendayu dayu..rintihan sahabat yang kehilangan teman baik..sob2..:(



p/s 5 sahabat yang giler2..sempoi...n ANTI-LELAKI !!!!huhuhuhuhu...
anti llki p ade hubby masing2..huhu



p/s asmalina jdik mayat ni..huhu..mayat idup yg bangun buang kain kapan sndiri..huhuhuuh



p/s aku xdpt posting mase sem lpas..so,2 week we alls yg xpt posting trpksa ler prktkl kt lab..huhhuhu..2mngu lg tue kt HOSP.SG BULUH..



p/s flying fox...takut sihh..i gayat la u..hahahahha



p/s pic ni aku cilok dri student laki my clasmate..huhu...ni mase kiteorg kem kesatria d hutan rimba ulu bendul,nogori sembilan...huhu..bez orrr trjun kolam..hahahahaah



p/s TEMPUR TANPA SENJATA !!!!

watchaaa
!!!!!!!!!!!KESATRIA NEGARA !!!yess!!!tanggal 17/03/2010 amat bermakna pabila we alls da xjadi student KESAT lg!! huhuhuhuhu..
da abess mnuntut da kate nye..huhuhu..!!!



p/s kaki YUYU yg menjadi mangsa kami dalam lecture hall..hahahaha

my clasmate-UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM (dip. of nursing)



lurve u alls..p ni baru sikit nie..clasmate aku ade 171 orang..so,,u alls bilang la sendiri yerk..
nasihat tuk korang sesape yang amek nursing ni..fikir dulu !!!jangan jadik cam clasmate aku..separuh jalan mintax tukar kos..dismiss la..macam2..yang still pown bile study muke cam ayam berak kapur..huhu..especly time ANATOMY N PHYSIOLOGY...hahaha..tp,,aku x..aku budak baek..huahua..

posting>>hospital selayang!!



hospital selayang????
ummm..macam2 aku rase bef0re p posting ni...
malas ade..bdebar2 ade..hepy ade..takut pon ade....
tunang sheikh muzaffar syah koje kt sini ke???..huahuahua.
i dunt knuw,,
whateva..
huhuhu

homesick..miss my mum..miss my dad...



aku rindu family aku..homesick giler tahap cipan..'kerjaya' sebagai student nursing ni membuatkan aku semakin n semakin n semakin rindu mereka...cuti sem trpaksa di lupakan dek praktikal yang membuatkan aku trpaksa meninggalkan mereka sejenak sob2:(

p/s tunggu kpulangan anakmu ini yeah !!!kui4